Memaparkan catatan dengan label Nabi Muhammad SAW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabi Muhammad SAW. Papar semua catatan

Khamis, 7 September 2017

ADAB MINUM AIR ZAMZAM

Tanpa huraian panjang mari kita lihat apa yang tercatat di hadith:

“Daripada Muhammad ibn ‘Abdul Rahman ibn Abu Bakar katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepada-nya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Engkau datang dari mana?” Lelaki itu berkata: “Dari perigi zamzam.”

Ibnu ‘Abbas bertanya lagi: “Apakah engkau minum air dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.” Lelaki itu berkata: “Bagaimana?” Ibnu ‘Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zamzam, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah Nama ALLAH dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam itu sehingga kenyang (hilang dahaga) dan jika sudah selesai maka pujilah ALlāh ‘azza wajalla.
Sesungguhnya RasūluLlāh ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang munafik, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang.”
(Hadith rowahu Ibnu Majah)

Perlu juga kita ketahui bahawa minum air sambil duduk tetap diperintahkan kerana sememangnya ada dalil larangan minum sambil berdiri. Dari Anas ibn Malik radhiyāLlāhu ‘anhu, ia berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

Maksudnya: “Nabi ﷺ sangat melarang minum sambil berdiri.”
(Hadith rowahu Muslim no. 2024)

Sedangkan ada hadith lain menyebutkan bahawa Nabi ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri. Seolah ada percanggahan, bukan? Betul dua hadith ini menunjukkan ada percanggahan hukum, dalam ertikata lain bahasa santainya "cakap tak serupa bikin", dan ianya juga mengambarkan Rasul juga buat silap atau pun ini juga sebahagian dari silap yang disengajakan untuk tujuan tauladan buat ummat terkemudian?

Sebenarnya ianya BUKAN KESILAPAN.!

Ibnu ‘Abbas radhiyāLlāhu 'anhuma berkata;

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ قَائِمًا

Maksudnya: “Aku memberi minum kepada RasūluLlāh ﷺ dari air zam-zam, lalu Baginda minum sambil berdiri.”
(Hadith SAHIH rowahu al-Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027)

Khas atau special hanya apabila hendak minum AIR ZAMZAM sahaja, maka tuntunan dari RasūluLlāh ﷺ adalah meminumnya dengan berdiri dan menghadap ke arah kiblat. Bahkan lebih darinitu Baginda ﷺ mengajarkan adab-adab dan doa yang khusus untuk dibaca ketika hendak meminum air zamzam.

ADALAH SUNNAH MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDIRI
 
Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandung fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.

Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat menetralkan asid/asam hidroklorik  yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Kenapa RasūluLlāh ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang dihasilkan dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

MINUM AIR ZAMZAM MENGIKUT SUNNAH

Semoga bermanfaat

Ahad, 27 Ogos 2017

Umrah dan Ziarah Nov dan Dis 2017

Hubungi:

Cawangan-Cawangan Perak:
     
Ust Hj Mohamad Fakhrudin B. Hj Abdul Aziz
H/P: 0172383758
myagensi@gmail.com

Ustazah Hariza Bt Harun
H/P: 0135217201
Pej: 058050986
gemilangkamunting@gmail.com

Norhafiza Bt Amran
H/P: 0162136965
Pej: 056889233
gemilangmanjung@gmail.com

Mohd Zamri B. Abdullah
H/P: 01113060313 / 0168344473
Pej: 057166133
gemilangparitbuntar@gmail.com

Blog: gemilangperakdarulridzuan.blogspot.my/

#DaftarUmrahSegera

Jumaat, 10 Februari 2017

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.

Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Nabi Muhammad  bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan berakhir dengan nasab Ismail bin Ibrahim AS . Ibunya Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah juga dari keturunan yang sama.

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN * Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN * Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) * Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN * Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. * Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). * Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. * Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN * Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. * Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN * Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. * Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. * Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. * Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN * Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. * Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. * Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN * Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN * Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. * Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN * Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Rabu, 8 Februari 2017

Perjanjian Hudaibiyah ( Ringkasan )

Setelah genap 6 tahun Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin berada di Madinah,mereka mula merasai rindu pada kampung halaman mereka iaitu di Makkah. Kerinduan dan keinginan mahu balik ke Makkah itu mereka sampaikan kepada Rasulullah SAW. Kebetulan pula Rasulullah juga kerinduan pada Makkah dan telah bermimpi seolah-olah baginda memasuki kota Makkah dan bertawaf di Kaabah, Rasulullah juga bermimpi duduk berhenti di Masjidil Haram. Mimpi Rasulullah SAW ini buka  mimpi biasa,tetapi mimpi ini ada kebenarannya kerana ia datang dari Allah SWT.

Berita mimpi Rasulullah ini amat mengembirakan kaum muslimin kerana mereka menyangka ada peluang untuk kembali ke kampung halaman mereka di Makkah. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu orang Islam di Madinah supaya bersiap sedia untuk berangkat ke Makkah. Mereka tidak dibenarkan membawa senjata kecuali pedang didalam sarung sahaja,iaitu pedang untuk mengawal diri. Orangramai yang belum memeluk Islam juga diajak sertai ke Makkah supaya ianya kelihatan untuk menunaikan umrah. (Ibadah umrah pada ketika itu tidak hanya kepada orang Islam).

Pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah, Rasulullah SAW keluar dari Madinah bersama para sahabat seramai 1,500 orang menuju ke Makkah dengan tujuan untuk melaksanakan umrah. Berita keberangkatan Rasulullah SAW dan para rombongan ini telah diketahui oleh pihak musyrikin Quraisy di Makkah. Maka orang-orang Quraisy ini telah  menyiapkan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid Al-Walid. Mereka menghalang perjalanan rombongan Rasulullah di suatu tempat yang bernama Hudaibiyah.

Walaupun orang Makkah mengetahui akan kedatangan orang Islam ke Kota Makkah ini hanya untuk menunaikan ibadah Umrah,namun kedatangan mereka itu dianggap menunjukkan kemenangan bagi pihak orang Islam, sedia maklum sikap orang Quraisy yang suka berperang,mereka akan tentang orang Islam dalam apa jua keadaan.

Rasulullah kemudianya berunding dengan para sahabat berkaitan keadaan tersebut dan mendapat kata sepakat menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah sebagai utusan untuk membuat rundingan. Malangnya Sayidina Uthman telah di tahan dan ditawan oleh orang Quraisy dalam perjalanan ke Makkah. Orang Islam pula mendapat khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah dibunuh. Khabar angin yang meragukan ini menyebabkan Rasullullah SAW bersama pengikutnya bersedia untuk melancarkan serangan.

Orang Quraisy memdapat tahu akan cadangan Rasulullah SAW, lalu mereka pula menghantar satu perwakilan memohon supaya Rasulullah SAW dan para pengikutnya tidak memasuki Makkah pada tahun itu demi menjaga kemuliaan orang Quraisy.  Perwakilan itu tidak berjaya mengubah ketetapan yang dibuat Rasulullah SAW dan perwakilan itu dijadikan tawanan.

Pihak orang Quraisy kemudian menutuskan lagi perwakilan yang kedua yang ketuai oleh Suhail bin Umar. Suhail memberitahu Rasulullah bahawa Sayidina Uthman bin Affan tidak dibunuh sebaliknya ditangkap oleh orang yang tidak bertanggungjawap. Suhail meminta Rasulullah membebaskan perwakilan Quraisy yang ditawan pihak Rasulullah. Rasulullah bersetuju dengan syarat Sayidina Uthman dibebaskan terlebih dahulu.

Setelah tahanan dari kedua-dua belah pihak dibebaskan,mereka pun berunding, Rasulullah memanggil Ali bin Abi Thalib untuk menulis surat perjanjian.
Diantara isi-isinya ialah:

1) KAUM MUSLIMIN HENDAKLAH DIBENARKAN BERTAWAF (UMRAH) PADA TAHUN HADAPAN.

2) SESIAPA YANG DARI KAUM QURAISY INGIN MEMELUK ISLAM HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA PIHAK QURAISY.

3) KEDUA-DUA PIHAK TELAH  BERSEPAKAT UNTUK TIDAK  SALING BERPERANG SELAMA 10 TAHUN.

4) SESIAPA YANG DARI KAUM MUSLIMIN YANG TELAH MENINGGALKAN ISLAM TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA KAUM MEREKA SEMULA.

5) BARANGSIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN RASULULLAH ADALAH BEBAS DAN DIBENARKAN DAN BEGITU JUGA SESIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN KAUM QURAISY JUGA DIBENARKAN.

Perjanjian ini sebenarnya telah banyak memberi keuntungan kepada kaum muslimin. Walaupun ramai di kalangan para sahabat Rasulullah sendiri termasuk Sayidina Umar tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Mereka mengatakan bahawa perjanjian itu memberi keuntungan kepada kaum Quraisy. Tetapi Rasulullah mempunyai pandangan yang jaun kehadapan. Baginda sedar akan perjanjian yang dibuat itu bakal memberi keuntungan besar bagi kaum muslimin.

Setelah itu Kaum Quraisy yang masuk Islam telah dapat membina satu kumpulan lain. Mereka sering menggangu kabilah dagangan kaum Qiraisy. Hal ini menyebabkan kaum Quraisy tidak senang hati dan meminta Rasulullah menasihati mereka, dengan itu Islam berkembang pesat dari hari ke hari berikutan perjanjian Hudaibiyah kerana Quraisy membenarkan Rasulullah mengambil kumpulan baru Islam itu dan memberi nasihat tunjuk ajar akhlak Islam.

Kebijaksanaan Rasulullah SAW yang banyak mengalahkan keinginan untuk berdamai telah menyebabkan kaum Quraisy menghormati Rasulullah dan agama Islam. Maka Islam semakin hari telah di istiharkan sebagai agama yang semakin kuat dan dihormati ketika itu.

Dikalangan pahlawan Quraisy yang handal dalam selok belok peperangan seperti Khalid Al-Walid telah memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah.

Tidak lama kemudian disusuli oleh pahlawan Quraisy lain memeluk Islam seperti Amru bin Al-As,Uthman bin Talhah dan lain-lain lagi.

Setelah memeluk Islam mereka menetap di Madinah bersama Rasulullah SAW dan meninggalkan pergaulan dengan kaum Quraisy yang sentiasa kucar kacir.

Berikutan seorang panglima perang seperti Khalid Al-Walid memeluk Islam telah menjadikan tentera Islam dipihak Rasulullah SAW menjadi bertambah kuat dan digeruni pihak musuh Islam selama ini ketika itu.

*Sumber: Buku Sejarah Hidup Nabi Muhammad  & Khulafa Ur Rasyidin- Susunan Sharifah Fakhrudin terbitan Jahabersa (1996).

Selasa, 7 Februari 2017

Jabal Nur (Ringkasan)

Jabal Nur juga dikenali dengan nama JabaHirhttp://gemilangperakdarulridzuan.blogspot.my/2017/02/jom-akhir-ramodhon-dan-1-syawal-di.htmla,setelah wahyu pertama diturunkan di sana maka sejarah sejarah mencatatkan nama gunung itu dengan nama yang sangat menarik iaitu dikenali sebagai Jabal Nur yang membawa maskud gunung cahaya. Ini kerana disanalah cahaya Islam mula-mula menghantat sinarnya keseluruh penjuru alam dan disanalah Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama iaitu surah "Al Alaq".

Maka dengan turunnya wahyu itu,mulailah cahaya Islam menyinari dari keadaan yang sebelumnya dalam kegelapan. Cahaya Islam dapat membasmi perbuatan syirik dan menhilangkan kesesatan umat,membasmi kebodohan dengan memupuk pengtahuan sejati,menghilangkan permusuhan dan menghalang perpecahan,itulah sebabnya gunung tersebut dinamakan sebagai nama Jabal Nur.

Letaknya Jabal Nur ini disebelah utara kota Makkah,kurang lebih 6km jaraknya yang terletak di wilayah Hijaz di Arab Saudi.

Dipuncaknya terdapat sebuah gua yang terjadi dari runtuhan batu-batu besar dan tersusun satu sama lain yang sehingga terbentuk
sebuah lubang atau gua yang lebarnya lebih kurang 1 meter dan tinggi lebih kurang 2 meter. Gua inilah tempat Nabi Muhammad SAW memyendiri bertafakur beribadat kepada Allah dan memikirkan nasib kaumnya yang telah rosak agama dan akhlaknya.

Sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, beliau selalu mengasingkan diri dari kaumnya untuk tekun beribadah kepada Allah didalam gua Hira.

Manakala isterinya Siti Khatijah yang setia kepada suaminya selalu menyediakan bekalan yang diperluakan oleh suaminya,begitulah saban hari dan waktu dikala Nabi Muhammad naik turun ke Jabal Nur sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun sehingga turunnya wahyu yang pertama.

Jabal Nur penting untuk diziarahi oleh para jemaah Umrah bagi menambahkan keinsafan dan mendalami sejarah Nabi Muhammad SAW.

Sekarang ini jalan menuju Jabal Nur telah di perelokan dengan jalanraya yang baik dimana jalanraya menuju ke Jabal Nur juga jalanraya yang sama menuju ke Jaranah.

Untuk mendaki Jabal Nur laluan mendakinya terletak disebelah timur gunung tersebut yang boleh didaki dengan mengunakan kira-kira 600 anak tangga.Bagaimanapun keadaannya agak sedikit curam dan Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Bagi yang kurang biasa dengan pendakian tempat tinggi dinasihatkan jangan memaksa diri,cukuplah sekadar menziarahi dikaki Jabal Nur sahaja sudah memadai.

Bagi jemaah yang diberi peluang menziarahi Jabal Nur juga digalakan supaya memperbanyakan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW semoga kita dikurniakan keampunan dari Allah dan dianugerahkan syafaat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.