Khamis, 7 September 2017

ADAB MINUM AIR ZAMZAM

Tanpa huraian panjang mari kita lihat apa yang tercatat di hadith:

“Daripada Muhammad ibn ‘Abdul Rahman ibn Abu Bakar katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepada-nya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Engkau datang dari mana?” Lelaki itu berkata: “Dari perigi zamzam.”

Ibnu ‘Abbas bertanya lagi: “Apakah engkau minum air dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.” Lelaki itu berkata: “Bagaimana?” Ibnu ‘Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zamzam, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah Nama ALLAH dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam itu sehingga kenyang (hilang dahaga) dan jika sudah selesai maka pujilah ALlāh ‘azza wajalla.
Sesungguhnya RasūluLlāh ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang munafik, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang.”
(Hadith rowahu Ibnu Majah)

Perlu juga kita ketahui bahawa minum air sambil duduk tetap diperintahkan kerana sememangnya ada dalil larangan minum sambil berdiri. Dari Anas ibn Malik radhiyāLlāhu ‘anhu, ia berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

Maksudnya: “Nabi ﷺ sangat melarang minum sambil berdiri.”
(Hadith rowahu Muslim no. 2024)

Sedangkan ada hadith lain menyebutkan bahawa Nabi ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri. Seolah ada percanggahan, bukan? Betul dua hadith ini menunjukkan ada percanggahan hukum, dalam ertikata lain bahasa santainya "cakap tak serupa bikin", dan ianya juga mengambarkan Rasul juga buat silap atau pun ini juga sebahagian dari silap yang disengajakan untuk tujuan tauladan buat ummat terkemudian?

Sebenarnya ianya BUKAN KESILAPAN.!

Ibnu ‘Abbas radhiyāLlāhu 'anhuma berkata;

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ قَائِمًا

Maksudnya: “Aku memberi minum kepada RasūluLlāh ﷺ dari air zam-zam, lalu Baginda minum sambil berdiri.”
(Hadith SAHIH rowahu al-Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027)

Khas atau special hanya apabila hendak minum AIR ZAMZAM sahaja, maka tuntunan dari RasūluLlāh ﷺ adalah meminumnya dengan berdiri dan menghadap ke arah kiblat. Bahkan lebih darinitu Baginda ﷺ mengajarkan adab-adab dan doa yang khusus untuk dibaca ketika hendak meminum air zamzam.

ADALAH SUNNAH MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDIRI
 
Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandung fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.

Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat menetralkan asid/asam hidroklorik  yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Kenapa RasūluLlāh ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang dihasilkan dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

MINUM AIR ZAMZAM MENGIKUT SUNNAH

Semoga bermanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan