Memaparkan catatan dengan label Gemilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gemilang. Papar semua catatan

Khamis, 7 September 2017

ADAB MINUM AIR ZAMZAM

Tanpa huraian panjang mari kita lihat apa yang tercatat di hadith:

“Daripada Muhammad ibn ‘Abdul Rahman ibn Abu Bakar katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepada-nya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Engkau datang dari mana?” Lelaki itu berkata: “Dari perigi zamzam.”

Ibnu ‘Abbas bertanya lagi: “Apakah engkau minum air dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.” Lelaki itu berkata: “Bagaimana?” Ibnu ‘Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zamzam, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah Nama ALLAH dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam itu sehingga kenyang (hilang dahaga) dan jika sudah selesai maka pujilah ALlāh ‘azza wajalla.
Sesungguhnya RasūluLlāh ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang munafik, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang.”
(Hadith rowahu Ibnu Majah)

Perlu juga kita ketahui bahawa minum air sambil duduk tetap diperintahkan kerana sememangnya ada dalil larangan minum sambil berdiri. Dari Anas ibn Malik radhiyāLlāhu ‘anhu, ia berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

Maksudnya: “Nabi ﷺ sangat melarang minum sambil berdiri.”
(Hadith rowahu Muslim no. 2024)

Sedangkan ada hadith lain menyebutkan bahawa Nabi ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri. Seolah ada percanggahan, bukan? Betul dua hadith ini menunjukkan ada percanggahan hukum, dalam ertikata lain bahasa santainya "cakap tak serupa bikin", dan ianya juga mengambarkan Rasul juga buat silap atau pun ini juga sebahagian dari silap yang disengajakan untuk tujuan tauladan buat ummat terkemudian?

Sebenarnya ianya BUKAN KESILAPAN.!

Ibnu ‘Abbas radhiyāLlāhu 'anhuma berkata;

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ قَائِمًا

Maksudnya: “Aku memberi minum kepada RasūluLlāh ﷺ dari air zam-zam, lalu Baginda minum sambil berdiri.”
(Hadith SAHIH rowahu al-Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027)

Khas atau special hanya apabila hendak minum AIR ZAMZAM sahaja, maka tuntunan dari RasūluLlāh ﷺ adalah meminumnya dengan berdiri dan menghadap ke arah kiblat. Bahkan lebih darinitu Baginda ﷺ mengajarkan adab-adab dan doa yang khusus untuk dibaca ketika hendak meminum air zamzam.

ADALAH SUNNAH MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDIRI
 
Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandung fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.

Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat menetralkan asid/asam hidroklorik  yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Kenapa RasūluLlāh ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang dihasilkan dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

MINUM AIR ZAMZAM MENGIKUT SUNNAH

Semoga bermanfaat

Khamis, 24 Ogos 2017

Sabtu, 8 Julai 2017

6 SEBAB UNTUK TUNAIKAN UMRAH HUJUNG TAHUN INI

"6 SEBAB UNTUK TUNAIKAN UMRAH HUJUNG TAHUN INI"
.
Setiap tahun, musim Umrah paling meriah semestinya cuti sekolah November & Disember. Kenapa ramai sangat yg nak pergi waktu ni?
.
(1) PELUANG BERSAMA KELUARGA
Waktu ni lah ibu ayah yang bekerja ambil peluang untuk cuti lama sikit bawa anak-anak yang dah cuti sekolah, tak kurang juga yg bawa atuk nenek sama-sama menjadi tetamu Allah. Ya.. lah, kan lain perasaan bertamu ke tanah suci dengan ahli keluarga sendiri.
.
(2) CUTI SEKOLAH - CUTI CIKGU
Waktu ni juga peluang untuk cikgu cikgi bercuti lama sikit, "escape" dari kerja2 di sekolah dan fokuskan kepada ibadah di tanah suci. Macam yang kita tau, para cikgu cikgi nak ambil cuti bukan senang. Waktu cuti sekolah lah yg boleh dimanfaatkan untuk tinggalkan sekejap urusan-urusan di sekolah.
.
(3) MUSIM SEJUK
Pada yang tak tahan panas, lagi-lagi kepanasan di tanah arab, waktu ni adalah tempoh yg paling sesuai sebab Musim Sejuk dah bermula. Kalau di Madinah, suhu boleh mencecah 5°C. Kena pulak dengan angin awal pagi yg syahdu tu lagi. Syok! Nak berziarah ke tempat-tempat bersejarah pun tak risau panas dah.
.
(4) IBADAH LEBIH SELESA
Bila cuaca yang nyaman, semestinya ibadah kita akan lebih khusyuk dan fokus. Tak risau bahang dan terik matahari dah. Keadaan luaran yg baik sudah tentu akan membantu meningkatkan kualiti ibadah dalaman. Kepuasan ibadah begini yang kita sentiasa harapkan, insyaAllah.
.
(5) LEBIH BANYAK PILIHAN
Disebabkan hujung tahun adalah waktu puncak dalam musim Umrah sepanjang tahun, pihak penerbangan akan menambah jumlah pesawat mereka termasuk penerbangan Sewa Khas untuk Umrah. Maka pihak Travel Agensi juga akan menyediakan lebih banyak pilihan tarikh dan pakej berbanding bulan-bulan lain.
.
(6) MENGENALI UMAT ISLAM DARI SERATA DUNIA
Ini adalah peluang terbaik untuk kita mengenali umat Islam berlainan bangsa dan negara. Umat Islam di negara-negara lain juga akan turut bercuti di hujung tahun dan tak kurang juga yang akan mengambil kesempatan menunaikan Umrah di Tanah suci. Jumlah umat Islam di Tanah Suci pada tempoh ini akan meningkat dari musim biasa. Melihatkan perbezaan adat dan budaya lain akan membuka pemikiran kita tentang Islam dan lebih menghargai agama Islam yg kita sayangi selama ini.

Jom SHARE & TAG ajak ahli keluarga yg lain berumrah hujung tahun ni!
Like FB: Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd Cawangan Perak.

https://www.facebook.com/Gemilang-Travel-Tours-Sdn-Bhd-Cawangan-Perak-1403667496561183/

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pakej Umrah November / Disember bersama kami dengan flight direct tak perlu transit mana2.

Harga pakej bermula serendah RM6,500 sahaja!

Call/Whatsapp segera untuk pendaftaran:

Hubungi

0172383758 - Ust Haji Mohd Fakhrudin
01113060313 -  Mohd Zamri Abdullah
0135217201 - Ustzah Hariza
0162136965 - Puan Norhafiza

#GemilangTravel&Tours
#AgensiPelanconganBerlesen
#Umrahmusimsejuk
#JauhiPenipuanUmrah
#UmrahMabrur

Sabtu, 11 Februari 2017

Jom..!!! Akhir Ramadhon dan 1 Syawal Di Madinah 2017

Peluang anda berpuasa diakhir Ramadhon dan menyambut 1 Syawal di Kota Madinah Al Munawwarah serta mengerjakan ibadah Umrah di Baitullah Makkah Al Mukharammah dalam bulan Syawal....

Lain-lain pakej juga disediakan untuk anda sebagai tetamu Allah.

Jika berminat...Sila Hubungi kami di talian-talian yang berkenaan..

"Haji dan Umrah mencintai ALLAH"

Khamis, 9 Februari 2017

Kisah Masjid Kiblatain (Ringkasan)

Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi Aqeeq dan Universiti Islam Madinah.

Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah iaitu selepas 16 atau 17 bulan selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengah hari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara' .

Apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis.

Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. " Surah Al-Baqarah : 144.

Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut.

Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Makkah Al-Mukarramah.

Selasa, 7 Februari 2017

Jabal Nur (Ringkasan)

Jabal Nur juga dikenali dengan nama JabaHirhttp://gemilangperakdarulridzuan.blogspot.my/2017/02/jom-akhir-ramodhon-dan-1-syawal-di.htmla,setelah wahyu pertama diturunkan di sana maka sejarah sejarah mencatatkan nama gunung itu dengan nama yang sangat menarik iaitu dikenali sebagai Jabal Nur yang membawa maskud gunung cahaya. Ini kerana disanalah cahaya Islam mula-mula menghantat sinarnya keseluruh penjuru alam dan disanalah Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama iaitu surah "Al Alaq".

Maka dengan turunnya wahyu itu,mulailah cahaya Islam menyinari dari keadaan yang sebelumnya dalam kegelapan. Cahaya Islam dapat membasmi perbuatan syirik dan menhilangkan kesesatan umat,membasmi kebodohan dengan memupuk pengtahuan sejati,menghilangkan permusuhan dan menghalang perpecahan,itulah sebabnya gunung tersebut dinamakan sebagai nama Jabal Nur.

Letaknya Jabal Nur ini disebelah utara kota Makkah,kurang lebih 6km jaraknya yang terletak di wilayah Hijaz di Arab Saudi.

Dipuncaknya terdapat sebuah gua yang terjadi dari runtuhan batu-batu besar dan tersusun satu sama lain yang sehingga terbentuk
sebuah lubang atau gua yang lebarnya lebih kurang 1 meter dan tinggi lebih kurang 2 meter. Gua inilah tempat Nabi Muhammad SAW memyendiri bertafakur beribadat kepada Allah dan memikirkan nasib kaumnya yang telah rosak agama dan akhlaknya.

Sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, beliau selalu mengasingkan diri dari kaumnya untuk tekun beribadah kepada Allah didalam gua Hira.

Manakala isterinya Siti Khatijah yang setia kepada suaminya selalu menyediakan bekalan yang diperluakan oleh suaminya,begitulah saban hari dan waktu dikala Nabi Muhammad naik turun ke Jabal Nur sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun sehingga turunnya wahyu yang pertama.

Jabal Nur penting untuk diziarahi oleh para jemaah Umrah bagi menambahkan keinsafan dan mendalami sejarah Nabi Muhammad SAW.

Sekarang ini jalan menuju Jabal Nur telah di perelokan dengan jalanraya yang baik dimana jalanraya menuju ke Jabal Nur juga jalanraya yang sama menuju ke Jaranah.

Untuk mendaki Jabal Nur laluan mendakinya terletak disebelah timur gunung tersebut yang boleh didaki dengan mengunakan kira-kira 600 anak tangga.Bagaimanapun keadaannya agak sedikit curam dan Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Bagi yang kurang biasa dengan pendakian tempat tinggi dinasihatkan jangan memaksa diri,cukuplah sekadar menziarahi dikaki Jabal Nur sahaja sudah memadai.

Bagi jemaah yang diberi peluang menziarahi Jabal Nur juga digalakan supaya memperbanyakan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW semoga kita dikurniakan keampunan dari Allah dan dianugerahkan syafaat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Ahad, 5 Februari 2017

Jabal Qubais (Ringkasan)

Gunung ini adalah gunung yang terdekat dengan Masjidilharam. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas,bahawa Jabal Abi Qubais adalah gunung yang pertama dijadikan oleh Allah diatas bumi ini. Pada zaman Nabi Nuh A.S,

Jabal Qubais tingginya lebih kurang 420 meter, bertentangan dengan Hajar Aswad, di penjuru tenggara Kaabah. Imam as-Sayuthi meriwayatkan bukit pertama yang dicipta Allah di atas muka bumi ini ialah 'Jabal Qubais'.Ibadat Sa'ie terletak di hujung Jabal Qubais.

Di sinilah juga batu hitam Hajar Aswad diturunkan Allah ke dunia ini. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali Hajarul Aswad lalu dibawa oleh malaikat Jibrail dan diserahkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim juga menyeru umat manusia menunaikan haji dari atas Jabal Abi Qubais.

Dalam sirah Nabi s.a.w juga ada disebutkan bahawa Baginda pernah dibawa oleh datuknya Abdul Mutalib ke puncak Jabal Qubais untuk berdoa memohon hujan. Nabi s.a.w pada waktu itu masih kecil dan ketika itu Mekah dilanda kemarau panjang. 

Di atas Jabal Qubais ini juga Nabi Muhammad membelah bulan atas permintaan kaum musyrikin Mekah.

Pada tahun 1974, ada sebuah masjid di atas bukit ini yang dinamakan Masjid Bilal. Baitullah Kaabah jelas nampak dari sini. Orang yang mengerjakan haji akan 'melambai-lambaikan' kepada sanak saudara, handai taulan yang masih belum mengerjakan haji di atas bukit ini.

Kini, di atas bukit ini dibina istana mewah.

Gambar: Sisa-sisa Jabal Qubais sekarang hanya terdapat istana Shafa.

Jumaat, 3 Februari 2017

Sejarah Masjid Quba (Ringkasan)

Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibangun dalam peradaban sejarah Islam yang dibina pada tanggal 8 Rabiul Awal 1 Hijriah. Masjid ini terletak di luar kota madinah tepatnya sekitar 5 km sebelah tenggara Madinah.

Masjid Quba yang ada pada masa ini adalah berbeza dengan masjid quba pada saat zaman Rasulullah saw, mesjid quba yang saat ini berdiri adalah mesjid yang telah diubahsuai dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Renovasi dan perluasan ini menelan biaya sebesar 90 juta riyal dengan daya tampung hingga 20 ribu jamaah. Renovasi dilakukan pada tahun 1986.

Sejarah Masjid Quba
Sejarah terbinanya masjid ini adalah ketika Nabi Muhammad S.A.W sewaktu berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Robiul awal tahun 1 hijriyah Nabi telah berada di kampung yang bernama kampung Quba, sekitar 10 km dari dari kota Madinah. disaat itu Ammar Radhiyahullahu ‘anhu mengusulkan untuk membangun sebuah tempat yang berguna untuk tempat istirahat untuk Nabi yang juga berguna untuk tempat sholat untuk Nabi dan para Sahabatnya.

Pendapat atau cadangan dari Ammar Radhiyahullahu ‘anhu di setujui oleh Nabi dan para sahabat. Lalu Abu Bakar dan Ammar Radhiyahullahu ‘anhu mulai mengumpulkan batu-batu untuk membuat masjid.

Masjid  Quba atau pertama kali yang dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W ini juga telah ditanda arah batu kiblat oleh Baginda sendiri.

Setelah nabi dan para sahabat selesai membangun masjid Quba ini, mereka melanjutkan perjalanan kembali ke kota Madinah, tepat pada hari jumat tanggal 12 Robiul awal tahun 1 hijriyah.

Nabi tiba di kota madinah. Para penduduk madinah sangat gembira dengan kedatangan nabi, mereka beramai-ramai menyamput Nabi dengan penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat pada nabi.

Tepat pada hari itulah Nabi Muhammad S.A.W mendirikan sholat jumat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya nabi khotbah jumah pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “Madinatun nabi” yang berarti Kota Nabi atau juga lebih di kenal dengan nama Mota Madinah.

Begitulah sejarah ringkas tentang Masjid Quba. Masjid Quba adalah salah satu masjid yang istimewa bagi setiap kepada umat islam untuk datang ziarah melihatnya ketika berada di Madinah dalam siri Umrah dan ziarah luar.

Keutamaan Masjid Quba dalam Quran dan Hadist

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

"....Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih" (QS At Taubah: 108)

"Ketika pembangunan Masjid ini selesai, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam mengimami shalat selama 20 hari. Semasa hidupnya nabi selalu pergi ke Masjid Quba setiap hari Sabtu, Senin dan Kamis. Setelah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam wafat, para sahabat menziarahi masjid ini dan melakukan salat di sana."( HR. Bukhari no. 1117 , HR. Muslim )

Solat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah )

*** Gambar: Jemaah Umrah dan Ziarah Gemilang di perkarangan Masjid Quba (14hb -26hb 2017).

Isnin, 30 Januari 2017

KISAH PERANG UHUD

Peperangan Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah.

Mengapa terjadinya perang Uhud ni??
Sebenarnya,peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu...

Perang Uhud terjadi di Madinah didekat bukit Uhud. Bukit Uhud berada di sebelah utara Madinah dengan jarah 5.5 km dari masjid Nabawi dari sinilah mengapa perang tersebut dinamakan Perang Uhud.

Dalam perang ini kaum muslimin berpasukan 1000 orang tentera pada mulanya, namun karena suatu hal menjadi hanya 700 orang yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW.

Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq.

Sedangkan kaum Quraisy berpasukan 3000 tentera yang terdiri 200 pasukan tentera berkuda dan tentera perang kaum Quraisy juga disertai oleh  wanita sebagai tentera.

Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib(bapa saudara nabi).

Baginda pun terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu:-

-Telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid..
-Mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid..
-Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan.

Kisah-kisah Sahabat di Uhud

Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud yang juga dikenali sebagai Bukit Pemanah. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb...

Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut.

Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan..

Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub...

Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam.

Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang...

Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini...

Dikisahkan seramai 36 dari Pasukan pemanah Muslim turun dari tempat mereka apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal diatas Bukit Pemanah.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.

Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang diketuai Khalid Al-Walid) yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya...

Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera,sehingga patah gigi baginda...

Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam...

Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup...

Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh...

Dalam keadaan kucar-kacir itu juga,para sahabat amat melindungi Rasulullah dari serangan tentera bukan Islam..
Akibat serangan yang kuat dari tentera bukan Islam,baginda jatuh ke dalam lubang..

Nusaibah(pemberi minum kepada para muslimin) ikut menyekat kemaraan musuh dan banyak mengalami kecederaan di bahunya..
melihat hal itu,Abu Dujanah melompat ke dalam lubang untuk melindungi Rasulullah dengan belakangnya..

Anak panah yang menghujani tubuh Nabi Muhammad dan mengenai belakang Abu Dujanah, kerana banyaknya anak panah yang melekat dibelakangnya,badannya dilihat seperti belakang landak..

Strategi baru diambil berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin..

Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binti’Utbah(isteri Abu Sufyan) untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan(kerana Hamzah telah menyebabkan kematian ayah,bapa saudara dan abang kandungnya dalam perang Badar), tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya dan tidak cukup dengan itu,dipotongnya juga telinga dan hidung Hamzah.

Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir...
Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya...
Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunuh diri...
Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.

Antara kisah menarik juga adalah kisah Mukhairiq iaitu seorang ulama Yahudi..
Pada hari perang,Allah mencampakkan iman ke dalam hati Mukhairiq..
hari itu dia masuk Islam,hari itu juga dia ikut berjihad dan hari itulah jua dia syahid dan mendapat syurga..

Muhammad berkata:"Barangsiapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali,lihatlah kepada orang ini.."

Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan tidak berjaya membunuh Rasulullah s.a.w...

Setelah berundurnya tentera bukan Islam,tamatlah peperangan pada masa itu,Rasulullah belum sedar Hamzah syahid sehingga apabila dia tiba ke tempat mayat Hamzah yang sebegitu rupa,baginda menangis teresak-esak..begitu jua para sahabat yang lain..

Rasulullah berkata yang bermaksud,"demi Allah,belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih suasana ini".

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan"

* Gambar jemaah Umrah dan Ziarah Gemilang Travel & Tour menziarahi lokasi Jabal Uhud ( 14hb-26hb 2017 ).

Pancuran Emas Kaabah ( Ringkasan )

        Sewaktu Nabi Ibrahim A.S membina Kaabah dengan puteranya Nabi Ismail A.S, kaabah ketika itu belum lagi beratap,belum berdinding dan belum ada pancur emas.
        Kaabah pada mulanya hanya sekeliling dibuat tembok dan diletakkan lampu untuk menerangi kawasan sekitar Kaabah bagi kegunaan orang yang beribadah atas perintah Sayidina Umar Ibnu Khattab R.A.
       Kaabah dipasang atap (berbumbung) dan dibuat saluran emas ketika Nabi Muhammad S.A.W  berusia 35 tahun. Pancuran emas pertama dibuat oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik,kemudian Sultan Abdul Majis Khan dan Sultan Mahmud Khan.
       Bagi jemaah yang ingin melihat dengan lebih dekat reka bentuk pancur emas boleh kunjungi Muzium Makkah.

Sumber:Buku Tempat Bersejarah Makkah-Madinah,Kalam Hamidi Al Haj1986 Pustaka Al Mizan.

Sejarah Kaabah dan Masjid Al-Haram ( Ringkasan)

SEJARAH KAABAH

1. Rumah ibadat yang pertama didirikan di muka bumi.

2. Binaannya dari batu yang diambil dari 5 buah gunung iaitu Jabal Lubnan,Tur Ziata,Tur Sina,Jabal Judi dan Jabal Hira'.

3. Telah dibina sebanyak 3 kali sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim A.S,pembinaaan tersebut dibuat oleh para Malaikat,Nabi Adam A.S dan Nabi Sith.

4. Ukuran pembinaan Kaabah oleh Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Nabi Allah Ismail adalah seperti berikut:
- Tinggi = 14 meter
- Panjang = 12 meter
- Lebar = 11 meter

5. Pembinaan semula Kaabah dibuat pada zaman bangsa Quraisy iaitu ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 35 tahun.

6. Pembaharuan dan pemuliharaan semula dibuat pada 1417h/1996m atas arahan Raja Fahd Ibn Abdul Aziz.

SEJARAH MASJID AL HARAM

1. Suatu kawasan yang meliputi Kaabah,Al-Matof (Tempat Tawaf) dan ruan 1. Suatu kawasan yang meliputi Kaabah,Al-Matof (Tempat Tawaf) dan ruang solat.

2. Pada peringkat awal - Dari zaman Nabi Ibrahim A.S sehingga ke zaman Qusay bin Kilab, Masjid Haram adalah sebuah kawasan tanah lapang tanpa sebarang bangunan selain dari binaan Kaabah.

3. Tahun 17 Hijrah, kawasan Masjid Haram diperluaskan oleh Khalifah Umar dan  kemudian di perbaharui oleh Khalifah Uthman Ibn Affan pada tahun 26 Hijrah..

4. Proses pembesaran berterusan dari masa  ke semasa (Hingga kini) dibawah penguasa-penguasa Tanah Haram Makkah.

Ahad, 29 Januari 2017

Tempat Mustajab Berdoa

Menurut Hassan Al-Basri Rahmatullah A'laihi Taala terdapat 15 tempat yang mustajab doa di Makkah,iaitu:

1. Sepanjang masa tawaf di Baitullah / Kaabah.
2. Di Multazam.
3. Didalam bangunan Kaabah /dalam Hijir Ismail.
4. Di Telaga Zam - Zam.
5. Di hadapan Kaabah.
6. Di Bukit Safa.
7. Di Bukit Marwah.
8. Di belakang makam Ibrahim.
9. Di Ma'sa ( Tempat Saie ).
10. Sepanjang masa wukuf di Arafah( Haji ).
11. Sepanjang masa bermabit di Muzdalifah (Haji ).
12. Di Mina ( Sepanjang hari nahar dan hari tasyreeq) ( Haji ).
13. Di Jamrah Sughra.
14. Di Jamrah Wusta.
15. Di Jamrah Kubra.

*** Dibawah:
Tambahan tempat mustajab berdoa dan waktu yang disyorkan dari lain-lain pandangan dan pendapat dari ahli ilmuwan agama:

13 TEMPAT MUSTAJAB DOA

1. Hajar Aswad (batu dari syurga).

2. Multazam

3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5.  Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6.  Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7.  Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat)

8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat/Emas).

10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup)

11. Rukun Yamani

12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad)

13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

*
**
*** Gambar sekadar hiasan : Sebahagian Jemaah Umrah dan Ziarah Gemilang Travel & Tour  siri 14hb Jan 2017 bergambar dikenangan diperkarangan luar Masjid Nabawi Madinah Al Munawarah.

Kelebihan Tanah Haram Makkah

Kelebihan Tanah Haram

1. Bumi kelahiran Rasullulah.

2. Tempat kemuliaan,keselamatan dan keamanan.

3. 120 Rahmat Allah turun keatas Kaabah setiap hari:
      - 60 Rahmat untuk orang yang tawaf kaabah.
      - 40 Rahmat untuk orang yang solat.
      - 20 Rahmat untuk orang yang memandang Kaabah.

4. Digandakan 100ribu kali bagi setiap solat yang dikerjakan di Masjid Haram.

5. Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat.

6. Makkah terpelihara dari wabak taun dan fitnah dajjal.

7. Banyak tempat mustajab untuk berdoa.

*** gambar jemaah Gemilang ketika aktiviti ziarah Jabal Thur sekadar hiasan.

ADAB-ADAB DI TANAH HARAM MAKKAH

      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
 
ADAB-ADAB DI TANAH HARAM MAKKAH
1. Menunjukkan akhlak yang mulia.
2. Menyedari diri kita sebagai tetamu Allah.
3. Menyedari perjalanan haji/umrah adalah ibadah
4. Redha dengan segala yang disediakan.
5. Menjauhi percakapan sia-sia dan perbuatan keji.
6. Elakkan sikap sombong dan takbur.
7. Sentiasa bersyukur.
8. Elakkan pertengkaran.
9. Perbanyakkan ibadah seperti tawaf,membaca Al Quran,iktikaf dalam masjid,berdoa,bertaubat,berselawat dan istighfar kepada Allah.
10. Lahirkan semangat tolong menolong dan berkerjasama.