Selasa, 7 Februari 2017

Jabal Nur (Ringkasan)

Jabal Nur juga dikenali dengan nama JabaHirhttp://gemilangperakdarulridzuan.blogspot.my/2017/02/jom-akhir-ramodhon-dan-1-syawal-di.htmla,setelah wahyu pertama diturunkan di sana maka sejarah sejarah mencatatkan nama gunung itu dengan nama yang sangat menarik iaitu dikenali sebagai Jabal Nur yang membawa maskud gunung cahaya. Ini kerana disanalah cahaya Islam mula-mula menghantat sinarnya keseluruh penjuru alam dan disanalah Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama iaitu surah "Al Alaq".

Maka dengan turunnya wahyu itu,mulailah cahaya Islam menyinari dari keadaan yang sebelumnya dalam kegelapan. Cahaya Islam dapat membasmi perbuatan syirik dan menhilangkan kesesatan umat,membasmi kebodohan dengan memupuk pengtahuan sejati,menghilangkan permusuhan dan menghalang perpecahan,itulah sebabnya gunung tersebut dinamakan sebagai nama Jabal Nur.

Letaknya Jabal Nur ini disebelah utara kota Makkah,kurang lebih 6km jaraknya yang terletak di wilayah Hijaz di Arab Saudi.

Dipuncaknya terdapat sebuah gua yang terjadi dari runtuhan batu-batu besar dan tersusun satu sama lain yang sehingga terbentuk
sebuah lubang atau gua yang lebarnya lebih kurang 1 meter dan tinggi lebih kurang 2 meter. Gua inilah tempat Nabi Muhammad SAW memyendiri bertafakur beribadat kepada Allah dan memikirkan nasib kaumnya yang telah rosak agama dan akhlaknya.

Sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, beliau selalu mengasingkan diri dari kaumnya untuk tekun beribadah kepada Allah didalam gua Hira.

Manakala isterinya Siti Khatijah yang setia kepada suaminya selalu menyediakan bekalan yang diperluakan oleh suaminya,begitulah saban hari dan waktu dikala Nabi Muhammad naik turun ke Jabal Nur sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun sehingga turunnya wahyu yang pertama.

Jabal Nur penting untuk diziarahi oleh para jemaah Umrah bagi menambahkan keinsafan dan mendalami sejarah Nabi Muhammad SAW.

Sekarang ini jalan menuju Jabal Nur telah di perelokan dengan jalanraya yang baik dimana jalanraya menuju ke Jabal Nur juga jalanraya yang sama menuju ke Jaranah.

Untuk mendaki Jabal Nur laluan mendakinya terletak disebelah timur gunung tersebut yang boleh didaki dengan mengunakan kira-kira 600 anak tangga.Bagaimanapun keadaannya agak sedikit curam dan Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Bagi yang kurang biasa dengan pendakian tempat tinggi dinasihatkan jangan memaksa diri,cukuplah sekadar menziarahi dikaki Jabal Nur sahaja sudah memadai.

Bagi jemaah yang diberi peluang menziarahi Jabal Nur juga digalakan supaya memperbanyakan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW semoga kita dikurniakan keampunan dari Allah dan dianugerahkan syafaat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan