Setelah genap 6 tahun Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin berada di Madinah,mereka mula merasai rindu pada kampung halaman mereka iaitu di Makkah. Kerinduan dan keinginan mahu balik ke Makkah itu mereka sampaikan kepada Rasulullah SAW. Kebetulan pula Rasulullah juga kerinduan pada Makkah dan telah bermimpi seolah-olah baginda memasuki kota Makkah dan bertawaf di Kaabah, Rasulullah juga bermimpi duduk berhenti di Masjidil Haram. Mimpi Rasulullah SAW ini buka mimpi biasa,tetapi mimpi ini ada kebenarannya kerana ia datang dari Allah SWT.
Berita mimpi Rasulullah ini amat mengembirakan kaum muslimin kerana mereka menyangka ada peluang untuk kembali ke kampung halaman mereka di Makkah. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu orang Islam di Madinah supaya bersiap sedia untuk berangkat ke Makkah. Mereka tidak dibenarkan membawa senjata kecuali pedang didalam sarung sahaja,iaitu pedang untuk mengawal diri. Orangramai yang belum memeluk Islam juga diajak sertai ke Makkah supaya ianya kelihatan untuk menunaikan umrah. (Ibadah umrah pada ketika itu tidak hanya kepada orang Islam).
Pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah, Rasulullah SAW keluar dari Madinah bersama para sahabat seramai 1,500 orang menuju ke Makkah dengan tujuan untuk melaksanakan umrah. Berita keberangkatan Rasulullah SAW dan para rombongan ini telah diketahui oleh pihak musyrikin Quraisy di Makkah. Maka orang-orang Quraisy ini telah menyiapkan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid Al-Walid. Mereka menghalang perjalanan rombongan Rasulullah di suatu tempat yang bernama Hudaibiyah.
Walaupun orang Makkah mengetahui akan kedatangan orang Islam ke Kota Makkah ini hanya untuk menunaikan ibadah Umrah,namun kedatangan mereka itu dianggap menunjukkan kemenangan bagi pihak orang Islam, sedia maklum sikap orang Quraisy yang suka berperang,mereka akan tentang orang Islam dalam apa jua keadaan.
Rasulullah kemudianya berunding dengan para sahabat berkaitan keadaan tersebut dan mendapat kata sepakat menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah sebagai utusan untuk membuat rundingan. Malangnya Sayidina Uthman telah di tahan dan ditawan oleh orang Quraisy dalam perjalanan ke Makkah. Orang Islam pula mendapat khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah dibunuh. Khabar angin yang meragukan ini menyebabkan Rasullullah SAW bersama pengikutnya bersedia untuk melancarkan serangan.
Orang Quraisy memdapat tahu akan cadangan Rasulullah SAW, lalu mereka pula menghantar satu perwakilan memohon supaya Rasulullah SAW dan para pengikutnya tidak memasuki Makkah pada tahun itu demi menjaga kemuliaan orang Quraisy. Perwakilan itu tidak berjaya mengubah ketetapan yang dibuat Rasulullah SAW dan perwakilan itu dijadikan tawanan.
Pihak orang Quraisy kemudian menutuskan lagi perwakilan yang kedua yang ketuai oleh Suhail bin Umar. Suhail memberitahu Rasulullah bahawa Sayidina Uthman bin Affan tidak dibunuh sebaliknya ditangkap oleh orang yang tidak bertanggungjawap. Suhail meminta Rasulullah membebaskan perwakilan Quraisy yang ditawan pihak Rasulullah. Rasulullah bersetuju dengan syarat Sayidina Uthman dibebaskan terlebih dahulu.
Setelah tahanan dari kedua-dua belah pihak dibebaskan,mereka pun berunding, Rasulullah memanggil Ali bin Abi Thalib untuk menulis surat perjanjian.
Diantara isi-isinya ialah:
1) KAUM MUSLIMIN HENDAKLAH DIBENARKAN BERTAWAF (UMRAH) PADA TAHUN HADAPAN.
2) SESIAPA YANG DARI KAUM QURAISY INGIN MEMELUK ISLAM HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA PIHAK QURAISY.
3) KEDUA-DUA PIHAK TELAH BERSEPAKAT UNTUK TIDAK SALING BERPERANG SELAMA 10 TAHUN.
4) SESIAPA YANG DARI KAUM MUSLIMIN YANG TELAH MENINGGALKAN ISLAM TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA KAUM MEREKA SEMULA.
5) BARANGSIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN RASULULLAH ADALAH BEBAS DAN DIBENARKAN DAN BEGITU JUGA SESIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN KAUM QURAISY JUGA DIBENARKAN.
Perjanjian ini sebenarnya telah banyak memberi keuntungan kepada kaum muslimin. Walaupun ramai di kalangan para sahabat Rasulullah sendiri termasuk Sayidina Umar tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Mereka mengatakan bahawa perjanjian itu memberi keuntungan kepada kaum Quraisy. Tetapi Rasulullah mempunyai pandangan yang jaun kehadapan. Baginda sedar akan perjanjian yang dibuat itu bakal memberi keuntungan besar bagi kaum muslimin.
Setelah itu Kaum Quraisy yang masuk Islam telah dapat membina satu kumpulan lain. Mereka sering menggangu kabilah dagangan kaum Qiraisy. Hal ini menyebabkan kaum Quraisy tidak senang hati dan meminta Rasulullah menasihati mereka, dengan itu Islam berkembang pesat dari hari ke hari berikutan perjanjian Hudaibiyah kerana Quraisy membenarkan Rasulullah mengambil kumpulan baru Islam itu dan memberi nasihat tunjuk ajar akhlak Islam.
Kebijaksanaan Rasulullah SAW yang banyak mengalahkan keinginan untuk berdamai telah menyebabkan kaum Quraisy menghormati Rasulullah dan agama Islam. Maka Islam semakin hari telah di istiharkan sebagai agama yang semakin kuat dan dihormati ketika itu.
Dikalangan pahlawan Quraisy yang handal dalam selok belok peperangan seperti Khalid Al-Walid telah memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah.
Tidak lama kemudian disusuli oleh pahlawan Quraisy lain memeluk Islam seperti Amru bin Al-As,Uthman bin Talhah dan lain-lain lagi.
Setelah memeluk Islam mereka menetap di Madinah bersama Rasulullah SAW dan meninggalkan pergaulan dengan kaum Quraisy yang sentiasa kucar kacir.
Berikutan seorang panglima perang seperti Khalid Al-Walid memeluk Islam telah menjadikan tentera Islam dipihak Rasulullah SAW menjadi bertambah kuat dan digeruni pihak musuh Islam selama ini ketika itu.
*Sumber: Buku Sejarah Hidup Nabi Muhammad & Khulafa Ur Rasyidin- Susunan Sharifah Fakhrudin terbitan Jahabersa (1996).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan