Sabtu, 11 Februari 2017

Jom..!!! Akhir Ramadhon dan 1 Syawal Di Madinah 2017

Peluang anda berpuasa diakhir Ramadhon dan menyambut 1 Syawal di Kota Madinah Al Munawwarah serta mengerjakan ibadah Umrah di Baitullah Makkah Al Mukharammah dalam bulan Syawal....

Lain-lain pakej juga disediakan untuk anda sebagai tetamu Allah.

Jika berminat...Sila Hubungi kami di talian-talian yang berkenaan..

"Haji dan Umrah mencintai ALLAH"

Jumaat, 10 Februari 2017

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.

Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Nabi Muhammad  bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan berakhir dengan nasab Ismail bin Ibrahim AS . Ibunya Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah juga dari keturunan yang sama.

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN * Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN * Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) * Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN * Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. * Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). * Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. * Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN * Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. * Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN * Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. * Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. * Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. * Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN * Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. * Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. * Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN * Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN * Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. * Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN * Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Khamis, 9 Februari 2017

Kisah Masjid Kiblatain (Ringkasan)

Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi Aqeeq dan Universiti Islam Madinah.

Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah iaitu selepas 16 atau 17 bulan selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengah hari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara' .

Apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis.

Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. " Surah Al-Baqarah : 144.

Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut.

Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Makkah Al-Mukarramah.

Rabu, 8 Februari 2017

Perjanjian Hudaibiyah ( Ringkasan )

Setelah genap 6 tahun Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin berada di Madinah,mereka mula merasai rindu pada kampung halaman mereka iaitu di Makkah. Kerinduan dan keinginan mahu balik ke Makkah itu mereka sampaikan kepada Rasulullah SAW. Kebetulan pula Rasulullah juga kerinduan pada Makkah dan telah bermimpi seolah-olah baginda memasuki kota Makkah dan bertawaf di Kaabah, Rasulullah juga bermimpi duduk berhenti di Masjidil Haram. Mimpi Rasulullah SAW ini buka  mimpi biasa,tetapi mimpi ini ada kebenarannya kerana ia datang dari Allah SWT.

Berita mimpi Rasulullah ini amat mengembirakan kaum muslimin kerana mereka menyangka ada peluang untuk kembali ke kampung halaman mereka di Makkah. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu orang Islam di Madinah supaya bersiap sedia untuk berangkat ke Makkah. Mereka tidak dibenarkan membawa senjata kecuali pedang didalam sarung sahaja,iaitu pedang untuk mengawal diri. Orangramai yang belum memeluk Islam juga diajak sertai ke Makkah supaya ianya kelihatan untuk menunaikan umrah. (Ibadah umrah pada ketika itu tidak hanya kepada orang Islam).

Pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah, Rasulullah SAW keluar dari Madinah bersama para sahabat seramai 1,500 orang menuju ke Makkah dengan tujuan untuk melaksanakan umrah. Berita keberangkatan Rasulullah SAW dan para rombongan ini telah diketahui oleh pihak musyrikin Quraisy di Makkah. Maka orang-orang Quraisy ini telah  menyiapkan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid Al-Walid. Mereka menghalang perjalanan rombongan Rasulullah di suatu tempat yang bernama Hudaibiyah.

Walaupun orang Makkah mengetahui akan kedatangan orang Islam ke Kota Makkah ini hanya untuk menunaikan ibadah Umrah,namun kedatangan mereka itu dianggap menunjukkan kemenangan bagi pihak orang Islam, sedia maklum sikap orang Quraisy yang suka berperang,mereka akan tentang orang Islam dalam apa jua keadaan.

Rasulullah kemudianya berunding dengan para sahabat berkaitan keadaan tersebut dan mendapat kata sepakat menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah sebagai utusan untuk membuat rundingan. Malangnya Sayidina Uthman telah di tahan dan ditawan oleh orang Quraisy dalam perjalanan ke Makkah. Orang Islam pula mendapat khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah dibunuh. Khabar angin yang meragukan ini menyebabkan Rasullullah SAW bersama pengikutnya bersedia untuk melancarkan serangan.

Orang Quraisy memdapat tahu akan cadangan Rasulullah SAW, lalu mereka pula menghantar satu perwakilan memohon supaya Rasulullah SAW dan para pengikutnya tidak memasuki Makkah pada tahun itu demi menjaga kemuliaan orang Quraisy.  Perwakilan itu tidak berjaya mengubah ketetapan yang dibuat Rasulullah SAW dan perwakilan itu dijadikan tawanan.

Pihak orang Quraisy kemudian menutuskan lagi perwakilan yang kedua yang ketuai oleh Suhail bin Umar. Suhail memberitahu Rasulullah bahawa Sayidina Uthman bin Affan tidak dibunuh sebaliknya ditangkap oleh orang yang tidak bertanggungjawap. Suhail meminta Rasulullah membebaskan perwakilan Quraisy yang ditawan pihak Rasulullah. Rasulullah bersetuju dengan syarat Sayidina Uthman dibebaskan terlebih dahulu.

Setelah tahanan dari kedua-dua belah pihak dibebaskan,mereka pun berunding, Rasulullah memanggil Ali bin Abi Thalib untuk menulis surat perjanjian.
Diantara isi-isinya ialah:

1) KAUM MUSLIMIN HENDAKLAH DIBENARKAN BERTAWAF (UMRAH) PADA TAHUN HADAPAN.

2) SESIAPA YANG DARI KAUM QURAISY INGIN MEMELUK ISLAM HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA PIHAK QURAISY.

3) KEDUA-DUA PIHAK TELAH  BERSEPAKAT UNTUK TIDAK  SALING BERPERANG SELAMA 10 TAHUN.

4) SESIAPA YANG DARI KAUM MUSLIMIN YANG TELAH MENINGGALKAN ISLAM TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA KAUM MEREKA SEMULA.

5) BARANGSIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN RASULULLAH ADALAH BEBAS DAN DIBENARKAN DAN BEGITU JUGA SESIAPA YANG INGIN BERSAHABAT DENGAN KAUM QURAISY JUGA DIBENARKAN.

Perjanjian ini sebenarnya telah banyak memberi keuntungan kepada kaum muslimin. Walaupun ramai di kalangan para sahabat Rasulullah sendiri termasuk Sayidina Umar tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Mereka mengatakan bahawa perjanjian itu memberi keuntungan kepada kaum Quraisy. Tetapi Rasulullah mempunyai pandangan yang jaun kehadapan. Baginda sedar akan perjanjian yang dibuat itu bakal memberi keuntungan besar bagi kaum muslimin.

Setelah itu Kaum Quraisy yang masuk Islam telah dapat membina satu kumpulan lain. Mereka sering menggangu kabilah dagangan kaum Qiraisy. Hal ini menyebabkan kaum Quraisy tidak senang hati dan meminta Rasulullah menasihati mereka, dengan itu Islam berkembang pesat dari hari ke hari berikutan perjanjian Hudaibiyah kerana Quraisy membenarkan Rasulullah mengambil kumpulan baru Islam itu dan memberi nasihat tunjuk ajar akhlak Islam.

Kebijaksanaan Rasulullah SAW yang banyak mengalahkan keinginan untuk berdamai telah menyebabkan kaum Quraisy menghormati Rasulullah dan agama Islam. Maka Islam semakin hari telah di istiharkan sebagai agama yang semakin kuat dan dihormati ketika itu.

Dikalangan pahlawan Quraisy yang handal dalam selok belok peperangan seperti Khalid Al-Walid telah memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah.

Tidak lama kemudian disusuli oleh pahlawan Quraisy lain memeluk Islam seperti Amru bin Al-As,Uthman bin Talhah dan lain-lain lagi.

Setelah memeluk Islam mereka menetap di Madinah bersama Rasulullah SAW dan meninggalkan pergaulan dengan kaum Quraisy yang sentiasa kucar kacir.

Berikutan seorang panglima perang seperti Khalid Al-Walid memeluk Islam telah menjadikan tentera Islam dipihak Rasulullah SAW menjadi bertambah kuat dan digeruni pihak musuh Islam selama ini ketika itu.

*Sumber: Buku Sejarah Hidup Nabi Muhammad  & Khulafa Ur Rasyidin- Susunan Sharifah Fakhrudin terbitan Jahabersa (1996).

Selasa, 7 Februari 2017

Jabal Nur (Ringkasan)

Jabal Nur juga dikenali dengan nama JabaHirhttp://gemilangperakdarulridzuan.blogspot.my/2017/02/jom-akhir-ramodhon-dan-1-syawal-di.htmla,setelah wahyu pertama diturunkan di sana maka sejarah sejarah mencatatkan nama gunung itu dengan nama yang sangat menarik iaitu dikenali sebagai Jabal Nur yang membawa maskud gunung cahaya. Ini kerana disanalah cahaya Islam mula-mula menghantat sinarnya keseluruh penjuru alam dan disanalah Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama iaitu surah "Al Alaq".

Maka dengan turunnya wahyu itu,mulailah cahaya Islam menyinari dari keadaan yang sebelumnya dalam kegelapan. Cahaya Islam dapat membasmi perbuatan syirik dan menhilangkan kesesatan umat,membasmi kebodohan dengan memupuk pengtahuan sejati,menghilangkan permusuhan dan menghalang perpecahan,itulah sebabnya gunung tersebut dinamakan sebagai nama Jabal Nur.

Letaknya Jabal Nur ini disebelah utara kota Makkah,kurang lebih 6km jaraknya yang terletak di wilayah Hijaz di Arab Saudi.

Dipuncaknya terdapat sebuah gua yang terjadi dari runtuhan batu-batu besar dan tersusun satu sama lain yang sehingga terbentuk
sebuah lubang atau gua yang lebarnya lebih kurang 1 meter dan tinggi lebih kurang 2 meter. Gua inilah tempat Nabi Muhammad SAW memyendiri bertafakur beribadat kepada Allah dan memikirkan nasib kaumnya yang telah rosak agama dan akhlaknya.

Sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, beliau selalu mengasingkan diri dari kaumnya untuk tekun beribadah kepada Allah didalam gua Hira.

Manakala isterinya Siti Khatijah yang setia kepada suaminya selalu menyediakan bekalan yang diperluakan oleh suaminya,begitulah saban hari dan waktu dikala Nabi Muhammad naik turun ke Jabal Nur sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun sehingga turunnya wahyu yang pertama.

Jabal Nur penting untuk diziarahi oleh para jemaah Umrah bagi menambahkan keinsafan dan mendalami sejarah Nabi Muhammad SAW.

Sekarang ini jalan menuju Jabal Nur telah di perelokan dengan jalanraya yang baik dimana jalanraya menuju ke Jabal Nur juga jalanraya yang sama menuju ke Jaranah.

Untuk mendaki Jabal Nur laluan mendakinya terletak disebelah timur gunung tersebut yang boleh didaki dengan mengunakan kira-kira 600 anak tangga.Bagaimanapun keadaannya agak sedikit curam dan Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Bagi yang kurang biasa dengan pendakian tempat tinggi dinasihatkan jangan memaksa diri,cukuplah sekadar menziarahi dikaki Jabal Nur sahaja sudah memadai.

Bagi jemaah yang diberi peluang menziarahi Jabal Nur juga digalakan supaya memperbanyakan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW semoga kita dikurniakan keampunan dari Allah dan dianugerahkan syafaat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Isnin, 6 Februari 2017

Pakej Umrah dan Ziarah GETT 2017

Kepada yang berminat sila hubungi :

Ahad, 5 Februari 2017

Jabal Qubais (Ringkasan)

Gunung ini adalah gunung yang terdekat dengan Masjidilharam. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas,bahawa Jabal Abi Qubais adalah gunung yang pertama dijadikan oleh Allah diatas bumi ini. Pada zaman Nabi Nuh A.S,

Jabal Qubais tingginya lebih kurang 420 meter, bertentangan dengan Hajar Aswad, di penjuru tenggara Kaabah. Imam as-Sayuthi meriwayatkan bukit pertama yang dicipta Allah di atas muka bumi ini ialah 'Jabal Qubais'.Ibadat Sa'ie terletak di hujung Jabal Qubais.

Di sinilah juga batu hitam Hajar Aswad diturunkan Allah ke dunia ini. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali Hajarul Aswad lalu dibawa oleh malaikat Jibrail dan diserahkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim juga menyeru umat manusia menunaikan haji dari atas Jabal Abi Qubais.

Dalam sirah Nabi s.a.w juga ada disebutkan bahawa Baginda pernah dibawa oleh datuknya Abdul Mutalib ke puncak Jabal Qubais untuk berdoa memohon hujan. Nabi s.a.w pada waktu itu masih kecil dan ketika itu Mekah dilanda kemarau panjang. 

Di atas Jabal Qubais ini juga Nabi Muhammad membelah bulan atas permintaan kaum musyrikin Mekah.

Pada tahun 1974, ada sebuah masjid di atas bukit ini yang dinamakan Masjid Bilal. Baitullah Kaabah jelas nampak dari sini. Orang yang mengerjakan haji akan 'melambai-lambaikan' kepada sanak saudara, handai taulan yang masih belum mengerjakan haji di atas bukit ini.

Kini, di atas bukit ini dibina istana mewah.

Gambar: Sisa-sisa Jabal Qubais sekarang hanya terdapat istana Shafa.

Jumaat, 3 Februari 2017

Sejarah Masjid Quba (Ringkasan)

Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibangun dalam peradaban sejarah Islam yang dibina pada tanggal 8 Rabiul Awal 1 Hijriah. Masjid ini terletak di luar kota madinah tepatnya sekitar 5 km sebelah tenggara Madinah.

Masjid Quba yang ada pada masa ini adalah berbeza dengan masjid quba pada saat zaman Rasulullah saw, mesjid quba yang saat ini berdiri adalah mesjid yang telah diubahsuai dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Renovasi dan perluasan ini menelan biaya sebesar 90 juta riyal dengan daya tampung hingga 20 ribu jamaah. Renovasi dilakukan pada tahun 1986.

Sejarah Masjid Quba
Sejarah terbinanya masjid ini adalah ketika Nabi Muhammad S.A.W sewaktu berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Robiul awal tahun 1 hijriyah Nabi telah berada di kampung yang bernama kampung Quba, sekitar 10 km dari dari kota Madinah. disaat itu Ammar Radhiyahullahu ‘anhu mengusulkan untuk membangun sebuah tempat yang berguna untuk tempat istirahat untuk Nabi yang juga berguna untuk tempat sholat untuk Nabi dan para Sahabatnya.

Pendapat atau cadangan dari Ammar Radhiyahullahu ‘anhu di setujui oleh Nabi dan para sahabat. Lalu Abu Bakar dan Ammar Radhiyahullahu ‘anhu mulai mengumpulkan batu-batu untuk membuat masjid.

Masjid  Quba atau pertama kali yang dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W ini juga telah ditanda arah batu kiblat oleh Baginda sendiri.

Setelah nabi dan para sahabat selesai membangun masjid Quba ini, mereka melanjutkan perjalanan kembali ke kota Madinah, tepat pada hari jumat tanggal 12 Robiul awal tahun 1 hijriyah.

Nabi tiba di kota madinah. Para penduduk madinah sangat gembira dengan kedatangan nabi, mereka beramai-ramai menyamput Nabi dengan penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat pada nabi.

Tepat pada hari itulah Nabi Muhammad S.A.W mendirikan sholat jumat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya nabi khotbah jumah pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “Madinatun nabi” yang berarti Kota Nabi atau juga lebih di kenal dengan nama Mota Madinah.

Begitulah sejarah ringkas tentang Masjid Quba. Masjid Quba adalah salah satu masjid yang istimewa bagi setiap kepada umat islam untuk datang ziarah melihatnya ketika berada di Madinah dalam siri Umrah dan ziarah luar.

Keutamaan Masjid Quba dalam Quran dan Hadist

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

"....Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih" (QS At Taubah: 108)

"Ketika pembangunan Masjid ini selesai, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam mengimami shalat selama 20 hari. Semasa hidupnya nabi selalu pergi ke Masjid Quba setiap hari Sabtu, Senin dan Kamis. Setelah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam wafat, para sahabat menziarahi masjid ini dan melakukan salat di sana."( HR. Bukhari no. 1117 , HR. Muslim )

Solat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah )

*** Gambar: Jemaah Umrah dan Ziarah Gemilang di perkarangan Masjid Quba (14hb -26hb 2017).