Khamis, 7 September 2017

ADAB MINUM AIR ZAMZAM

Tanpa huraian panjang mari kita lihat apa yang tercatat di hadith:

“Daripada Muhammad ibn ‘Abdul Rahman ibn Abu Bakar katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepada-nya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Engkau datang dari mana?” Lelaki itu berkata: “Dari perigi zamzam.”

Ibnu ‘Abbas bertanya lagi: “Apakah engkau minum air dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.” Lelaki itu berkata: “Bagaimana?” Ibnu ‘Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zamzam, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah Nama ALLAH dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam itu sehingga kenyang (hilang dahaga) dan jika sudah selesai maka pujilah ALlāh ‘azza wajalla.
Sesungguhnya RasūluLlāh ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang munafik, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang.”
(Hadith rowahu Ibnu Majah)

Perlu juga kita ketahui bahawa minum air sambil duduk tetap diperintahkan kerana sememangnya ada dalil larangan minum sambil berdiri. Dari Anas ibn Malik radhiyāLlāhu ‘anhu, ia berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

Maksudnya: “Nabi ﷺ sangat melarang minum sambil berdiri.”
(Hadith rowahu Muslim no. 2024)

Sedangkan ada hadith lain menyebutkan bahawa Nabi ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri. Seolah ada percanggahan, bukan? Betul dua hadith ini menunjukkan ada percanggahan hukum, dalam ertikata lain bahasa santainya "cakap tak serupa bikin", dan ianya juga mengambarkan Rasul juga buat silap atau pun ini juga sebahagian dari silap yang disengajakan untuk tujuan tauladan buat ummat terkemudian?

Sebenarnya ianya BUKAN KESILAPAN.!

Ibnu ‘Abbas radhiyāLlāhu 'anhuma berkata;

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ قَائِمًا

Maksudnya: “Aku memberi minum kepada RasūluLlāh ﷺ dari air zam-zam, lalu Baginda minum sambil berdiri.”
(Hadith SAHIH rowahu al-Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027)

Khas atau special hanya apabila hendak minum AIR ZAMZAM sahaja, maka tuntunan dari RasūluLlāh ﷺ adalah meminumnya dengan berdiri dan menghadap ke arah kiblat. Bahkan lebih darinitu Baginda ﷺ mengajarkan adab-adab dan doa yang khusus untuk dibaca ketika hendak meminum air zamzam.

ADALAH SUNNAH MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDIRI
 
Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandung fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.

Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat menetralkan asid/asam hidroklorik  yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Kenapa RasūluLlāh ﷺ minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang dihasilkan dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

MINUM AIR ZAMZAM MENGIKUT SUNNAH

Semoga bermanfaat

Rabu, 6 September 2017

Kelebihan dan Keistimewaan SOLAT SUNAT DHUHA


Daripada Abu Zar radiyaLlahu 'anhu, daripada Nabi ﷺ, Baginda ﷺ bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى.
(رواه مسلم)

“Pada setiap pagi, setiap sendi anggota badan seseorang kamu adalah sedekah. Maka setiap ucapan TASBIH adalah sedekah, setiap ucapan TAHMID adalah sedekah, setiap ucapan TAHLIL adalah sedekah, dan setiap ucapan TAKBIR adalah sedekah. Menyeru kepada perkara yang ma’ruf adalah sedekah dan mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan akan memadai nilai sedekah semua amalan itu dengan menunaikan 2 rakaat SOLAT DHUHA.”
(Hadith rowahu Muslim no.1704)

Sabda RasūluLlāh ﷺ :

"Sesiapa yang mengerjakan solat DHUHA dengan istiqomah nescaya akan diampuni dosa-nya oleh ALlāh Ta'āla sekalipun dosa-nya sebanyak buih di lautan."
(Hadith rowahu at-Thabarani)

Dari Abu Hurairah radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata RasūluLlāh ﷺ bersabda:

"Bahawasanya di Syurga ada pintu yang dinamakan "DHUHA". Maka apabila tibanya Hari Kiamat kelak, berserulah Malaikat Penyeru; "Manakah orang² yang telah mengamalkan Solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam Syurga dengan Rahmat ALlāh."
(Hadith rowahu at-Thabarani)

Sabda RasūluLlāh ﷺ:

“Pada setiap manusia diciptakan 360 sendi dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendi-nya.” Lalu, para Sahabat bertanya: ”Ya RasūluLlāh ﷺ, siapa yang sanggup melakukannya?” RasūluLlāh ﷺ menjelaskan: “Membersihkan kotoran yang ada di Masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya, apabila ia tidak mampu [melakukannya], maka SOLAT DHUHA 2 raka’at, dapat menggantikannya.”
(Hadith rowahu Ahmad ibn Hanbal wa Abu Dawud)

*** Gambar Masjidil Al Haram sekadar hiasan laman ***